Wednesday, January 30, 2008

biasa je

203 pm.

Tengah dengar lagu yang Hertina suka sekarang ni hehe saja nak bagitahu.
Nak cerita tentang sekolah lah, *habis tu apa lagi nak cerita kan, saya pergi sekolah je hari ini.


Pergi sekolah, datang datang pergi dekat tempat biasa, duduk sekejap lepas tu pergi tempat berhimpun untuk ambil kedatangan. Lepas itu, naik dengan prengg. Masuk kelas, Mega pun dah sampai. Gila novel tak siap lagi, dua minggu lepas punya kerja, kena buat sinopsis Panas Salju sampai bab 5 dan saya tak siap bab 1 pun lagi. Tapi, buat bodoh je sebab ada Izzat buat oral tentang mat rempit HAHA. Masa itu sempatlah buat sinopsis, salin daripada buku Liyy. Dona pun tak siap juga, gang kan Dona :D Lepas tu Mega suruh buat sinopsis bab belakang belakang dalam peta minda. Nasib baik siap, hebat tak saya? ;D

Lepas BM, PDG kena pergi bilik bawah yang dekat depan bilik guru tu. Sebelum tu, saya dengan Dona pergi hantar buku sekejap dan lambat masuk bilik tu. Kemudian belajar reka bentuk, cikgu pun kata dia bosan nak ajar sebab tajuk itu tak terbaik. Tapi masa tu, saya tak belajar sangat dan tengah dengar mp3 jadi tak kisah sangatlah psl PDG. Rehat, turunn, pergi beli mineral dengan nasi goreng * memang hari hari makan nasi goreng. Dah habis makan, teman Dona pergi tandas dan Hertina dengan Meera datang cari kita orang, lepas itu naik sama sama dan kena tegur dengan Mega " lambatnya naik, loceng dah lama berbunyi. " lebih kurang macam itulah dia cakap. Masuk bilik PDG lambat lagi sekali, belajar sikit. Lepas dah habis cikgu suruh kita orang buat nota, kita orang pun pegi dekat belakang kemudian bebel bebel. Dona buka tudung dan semua orang macam "Eh, Dona potong rambut?!" haa, kecoh juga sikit. Sebenarnya lawa tapi tak sesuai sangat dengan Dona. Tak kisahlah kan. Sambil bebel bebel tu dengar Fly, and ada sedikit kebetulan berlaku. Pelik juga sikit tapi macam fikir ini semua gila fate. Macam tu lah, orang orang tertentu je yang akan faham HAHA

Lepas habis PDG naik kelas balik, haa kita orang kan, Dona dengan saya, kalau pergi mana mana mesti bawa beg. Boyan sejati kan? walaupun pergi makmal, pun bawa juga HAHA ;D Dah naik kelas, JJ masuk. Belajar Geo tentang skala dan dia banyak buat salah kemudian banyak pula alasan tak munasabah yang dia bagi. Apa apa lah JJ. Dah habis Geo, Dona dengan Tiqa pergi tandas *Dona sikit sikit nak pergi sana. hishh. -_-' Saya dengan Liyy pergi menjenguk kelas sebelah, prengg dengan Meera nak turun pergi Seni, jadi saya teman dia orang turun. Lepas itu jumpa Dona dan Tiqa lalu naik cepat cepat sebab dah nampak Johan nak masuk kelas. Sivik, best juga lah. Johan macam kerek sikit tapi dia ajar terbaik dan lawak, dia selalu tersengih sengih oh. HAHA
Lepas itu cikgu tanya, "Kenapa nak kahwin? " sebab ada dalam buku itu tentang keluarga ke apa tahla. Saya senyap je lepas itu dia pergi tanya orang lain. Kemudian macam macam lahh, kita orang gelak je banyak masa cikgu tu ajar. Dia ajar macam betul mengikut dalam buku tapi cara dia lain dan macam tak serius sangat. Sejuk juga lah cikgu tu sebenarnya.

Balikk, panas tapi tak terik sangat lah. Hari ini tak penat sangat sebab beg tak berapa berat (: Lepas itu, haa jalan dengan Bujey, terima kasih kerana jalan * thx fr th walk. (;

Saya mengambil masa lebih dari satu jam untuk menaip blog ini kerana gangguan gangguan tertentu. Terima kasih (:



No comments: