Hari ini saya bangun pada pukul 1210 pm. Pada pendapat anda, adakah ia terlalu lewat? Saya rasa tidaklah melampau sehingga dikejut dengan jeritan marah. Walaupun dalam hati agak panas dengannya, saya terpaksa bersabar dan turun ke bawah. Sudahlah tidur lewat malam semalam, bangun pula untuk sembahyang Subuh dan tidur semula pada 9 am. Kemudian pula, datanglah Indon tak sabar nak mati membuat pengubahsuaian (renovation) di bilik air tingkat atas, iaitu bedekatan dengan bilik yang saya sedang tidur didalam* . Memang perasaan sabar saya sudah mencapai tahap maksimum. Dahla merokok macam jantung sihat sangat. Rasa tak nak bayar dia pun ada juga, pandang orang macam bagus sangat . Kalau bilik air saya tak siap dalam masa yang diperuntukkan dan tak mencapai kepuasan hati saya, haaaaaaa.
Setelah turun ke bawah, saya membuka televisyen dan menonton rancangan CSI di AXN. Kemudian rasa bosan mula menerpa diri saya. Mahu buka garisan, kakak saya sedang guna. Lalu saya bersabar dan kemudian menonton Perlawanan Tenis Terbuka kategori campur berganda (mixed doubles) * Setelah itu, kakak saya ingin keluar dan pulang ke asramanya. Lalu, tanpa memikirkannya dua kali, saya pun terus ke hadapan komputer untuk buat perkara yang sepatutnya. Senyuman terukir sebaik sahaja saya buka garisan, puncanya sangat sulit (private). HAHA. *kebanyakan penterjemahan dibantu oleh Liyana Fatini bt Zamzuri.
Kata Dona, Aizat telah bermimpi tentang suatu perkara yang tidak mungkin akan berlaku didalam muka bumi yang nyata ini. Oleh sebab sebab tertentu, isi mimpi itu tidak boleh didedahkan. Bagi mereka yang berminat, tak payah tahu, bodoh sangatt. Sekarang hanya Dona dan Liyy yang membuka garisan. Tiqa mungkin masih tidur, seperti yang dikatakan Liyy. Meera mungkin sibuk dengan kerja kerja rumah, begitu juga dengan Hertina. Hertina memanglah seorang calon PMR yang sangat berdedikasi, dia tidak buka garisan dengan kerap lagi dan membuat kerja rumah sepanjang masa. Saya tidak faham apa yang difikirkannya sehingga boleh berdisiplin sampai begitu. Dalam situasi saya, setiap yang saya rancangkan pasti tidak berjaya, sebagai contoh ialah perkara yang saya sedang buat pada ketika ini. Saya sudah merancang untuk tidak duduk di hadapan komputer pada hari hari sekolah. Tetapi, harapan itu musnah begitu sahaja kerana perangai saya yang tidak boleh diubah ini. -_-'
Djokovic akan bermain petang ini. Selamat berjaya :D
Liyy dan Dona juga sedang mengepos blog, harap harap diselitkan nama kawan mereka yang terbaik (best) ini.
Sekian.
2 comments:
hahaha, memasarkan nama nama :D
betul betul nama org semua dimarketkan
kesian sambaek
Post a Comment