Ada cerita ni, Djokovic sudah mengalahkan Federer, mestilah terpampang didalam akhbar- akhbar kan? Disebabkan bangun lambat dan tak sempat nak suruh abah beli akhbar terpaksa la menganga tunggu Tiqa nak bawa akhbar itu ke sekolah. Agak panas sebenarnya ni, dah bangun awal dah (12 lebih a) untuk call abah, tapi abah tak angkat phone. Eeiisshhh. Kalau tak sekarang ni boleh potong gambar dia sambil baca benda apa yang dia tulis lah kan. Boleh menambah koleksi gambar dekat rak buku tu, walaupun sekarang baru ade satu je gambar kan. Koleksi ah juga tu. Djokovic akan lawan Jo-Wilfried Tsonga pada hari esok iaitu Ahad, 27 Januari 2008. Sumpah gila berharap Djokovic menang. Tapi Tsonga agak menakutkan sebab dia bermain macam taik kentut kuasa (power) oh.
Sebenarnya kita orang dah merancang nak pergi rumah Tiqa hari ini, tapi disebabkan Tiqa nak pergi Quiksilver tu, perancangan ini terpaksa ditunda. Mungkin esok ia akan diadakan. Adakan apa? Perjumpaan ahli ahli Cheeky Monkey. Ini English punya group, kita orang buat tentang Ivanka Trump. Sebenarnya dah siap, tapi kita orang nak menambah lagu dan menukar tanah belakang (background) persembahan itu. Ini kerana kami berasa tergugat dengan kumpulan yang melakukan persembahan tentang Michael Jordan iaitu kumpulan YOU. Mereka punya persembahan macam sejuk (cool) gila oh. Tapi tak mengapa, kita orang punya mesti gempak juga :D
Kerja rumah belum siap. Itu sudah pasti, siapa yang rajin sangat nak buat? Selain Hertina dan budak budak skema yang lain, jangan harap lah ada orang nak buat. Tahun ini, boleh dikatakan setiap hari ada kerja rumah bagi setiap mata pelajaran. Bukan semua, tapi lebih kurang begitulah. Oleh sebab itu, bertimbun timbunlah kerja yang tidak siap. Ditambahkan dengan tekanan yang diberi oleh guru guru kepada kami. Kami tanpa guru pun sudah mempunyai tekanan apatah lagi jika mereka ada. Tidak mahu saya sebutkan nama nama guru yang kerek dan menjengkelkan itu.Secara tidak langsung saya sudah mengutuk seseorang. Rancangan saya pada pagi tadi ialah tidak mengutuk orang pada hari ini, tapi sudah terlepas. Ampun sajalah saya pinta.
Saya baru menerima panggilan daripada Liyy, katanya dia sudah memotong rambut. Dia luruskan dibawah sahaja, tidak nampak perubahan yang ketara. Tetapi rambutnya sudah pendek sedikit. Kemudian katanya lagi Sharapova telah memenangi Australian Open, dan memang saya sudah tahu kerana saya menonton televisyen selepas bangun tadi. Walaupun Ivanovic tidak menang, Djokovic masih ada harapan. Begitulah perbualan kami, pendek sahaja kerana rasanya dia akan buka garisan (online) sebentar lagi. Jadi tidak perlulah berbual panjang panjang, membazir duit sahaja buat apa baik belanja saya pergi membeli belah.
Segala kesulitan dan salah faham akan mungkin saya rungkaikan pada petang ini. Kepada mereka yang hendak tahu apa berita penuh, sila menghubungi saya di nombor nombor tertentu yang pastinya anda sudah ketahui. Bila sudah berjaya merungkaikannya, hati akan lebih senang dan aman. Cuma saya harap semuanya akan berlaku seperti yang saya harapkan. Satu lagi, saya berharap sesiapa yang menimbulkan kesulitan ini akan sedar diri dan hidup dalam realiti. Janganlah mahu berbuat baik dengan saya dan berlagak bagus di hadapan saya. Saya faham keadaan ini dan harap anda memahaminya juga.
Sekian terima kasih.
1 comment:
awak gila skemaaaaa. gila lawak oh! buka garisan. HAHAHAHAHA dengan tanah belakang! HAHAHAHA
Post a Comment