Tajuk entah apa apa. HAHA.
Baru balik daripada kelas tuition (tak pasti ia Bahasa Melayu tulen atau tidak) . Hari ini kurang rasa mengantuk kerana sudah tidur dengan cukup pagi tadi. Abah sudah naik ke tingkat atas untuk tidur, mungkin penat. Mak, kakak dan nenek ada di tingkat bawah, lebih tepat lagi di sebelah saya. Mereka sedang menonton televisyen dan saya menghadap komputer. Esok pagi saya rasa mahu bangun seawal 10 pagi kerana saya tidak pasti pada pukul berapa Perlawanan Tenis Terbuka Australia kategori lelaki perseorangan akan berlangsung. Setelah saya periksa di laman web AO, katanya not before 730 PM. (bukan sebelum 430 PM *Malaysia. ) Okay, saya bodoh. Sudah terang terang ia bukan pada waktu pagi, mengapa perlu bangun awal? Saya ter- bodoh sebentar. Kesulitan harap difahami.
Saya suka sekali jika dapat tidur seorang diri di dalam bilik tanpa kakak kakak saya. Saya mempunyai dua orang kakak dan kami berkongsi bilik yang sama. Kakak saya yang kedua tidak selalu pulang ke rumah kerana dia masih belajar. Jadi, selalunya hanya kakak saya yang pertama dan saya menggunakan bilik itu. Kadang kala, dia mempunyai urusan dan tidak tidur di rumah. Perkara inilah yang saya tunggu tunggukan, hidup terasa lebih selesa dan bahagia. HAHA. Dan keadaan itulah yang berlaku semalam, dan dia hanya akan pulang esok. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kakak yang kedua pulang ke rumah pada minggu ini. Terpaksalah tidur dengan dia yang tidak- berapa- terbaik (best) itu.
Esok, rumah Tiqa tidak akan dikunjungi oleh kami. Hampa tak terkata. Katanya, dia akan tidur di rumah saudara rapatnya dan mungkin akan pulang petang. Sudah tentu kami tidak mahu mengganggu, dia mungkin penat dan ingin menyiapkan kerja rumah dan sebagainya. Kehadiran kami hanya akan menjadi beban. -_-'
Saya sebagai wakil Cheeky Monkey ingin memaklumkan Tiqa agar menyiapkan kerja itu dengan sendiri, tambahkan lagu yang terbaik (best) bersama pengubahsuaian (edit) yang menarik. Kami tahu awak boleh :D
Pos (post) ini adalah hasil rayuan dan ketidaksabaran Liyy untuk membacanya, harap anda berpuas hati dan sabar menunggu pos (post) yang seterusnya. Meera kawan saya, * tengah pasar (market) ni. Hertina prengg saya. Dona taktahu apa, yang penting saya sudah menyebut nama semua WOOTERS dan berbanggalah kamu kamu semua. Saya mahu pergi ke tingkat atas dan mendengar lagu sambil cuba untuk melelapkan mata.
Hasrat yang tidak tercapai akan bersambung pada hari esok InsyAllah. Pada masa saya mahu tutup garisan (offline) lah kawan kawan saya baru mahu buka (on) . Tapi tidak mengapa, saya tidak akan terpengaruh untuk teruskan buka garisan. SEKIAN, SAYA NAK TIDUR (:
1 comment:
haha skema itu pasti JYEAHHH!
Post a Comment