Tuesday, February 5, 2008

sukaaa :D

1.59 pm

Nak tahu sebab apa suka? kalau nak kena tanya dekat MSN ke mana mana. HAHA malu nak tulis ceehhhh. Bukannya apa sangat pun, tapi apa lah juga. *bodohnya aku. Haa, hari ini macam biasa je sekolah, tapi best sebab tak berapa panas dan sekarang sekarang selalu windy. (: Tadi, Ofiellia bagi Toblerone, kena kongsi kongsi, tapi saya tak adil, sebab bagi orang sikit je, makan sendiri banyak. Padahnya, hanya orang tertentu yang tahu. HAHAHA. Makan nugget juga, tak sedap sangat sebab sejuk tapi tak apa, lapar hehe. Naik kelas awal, pertama kali naik kelas tepat pada masanya. Kita orang tak pergi jom jom pun sebab masa Sejarah. Nanti tak pasal kena dengan Azman tu, malaslah nak cari pasal kann. Lepas itu Science, HAHA Dona semangat belajar gelak tak habis habis. Haa, macam itulah, lepas itu masa naik nampak prengg nak pergi tandas, pun temanlah dia pergi. Kemudian berlaku kejadian yang tidak disangka, ish bodoh betullah cikgu tu sumpah aku bersabar. Naik kelas lambat, Ustazah dah masuk, semua tengah berdiri, saya pun jalan cepat cepat selit selit masuk, nasib baik duduk tepi pintu senang hidup :D Lepas itu nak beli buku Jaguh* pun pergi cakap dekat Ustazah, dia suruh pergi ambil dekat meja Ustazah Salbiah dekat bawah, dan dia suruh hantar buku dekat kelas 4 Waja. Pun pergilah, tingkat itu menakutkan oh, sumpah takut nak jalan dekat situ. Lepas itu, Geo cikgu pergi dewan, kita orang apa lagi bising bising, bebel bebel, haa semua tu. Dona tak pasal pergi turun jumpa kawan *hug dia. Kita orang saja kata JJ dah naik, dia pun naiklah cuak kot? :) HAHA, lepas itu dapat mencuci mata sikit. ;)) banyak jugalah sebenarnya. Lepas itu cikgu masuk bila macam dah nak balik, bagi latihan kertas kertas, saya tengok tengok letak dalam buku, lepas itu buat bodoh. Tak sabar nak balik sebenarnya.

Macam biasa, balik. Tapi hari ini macam best sikit hahahahhahahaha. Jumpa banyak banyak orang dan diberitahu bahawa sepupu saya sudah pergi ke asrama, sumpah tak tahu. Biarlah dia tak kisah pun. Macam itu je lah. HAHA. Orang orang yang baca ni, tanyalah saya kenapa best sikit hari ini tau? Terutamanya prenggg, aku tak tergugat dengan kau dah ahhhh.

Itu je lah, esok tak sekolah. Jadi akan ada post lagi kalau rajin. Byee <33 *Dona terasa? ;p

2 comments:

Anonymous said...

ALAH. MULA MULA KAU TERGUGAT SEBENARNYE, NASIB OTAK AKU NI KELUARKAN IDEA MENARIK. CUBE KASI CREDITS SIKET :P

Hertina said...

ha apa ni?
aku tergugat? pasal pe?
ie ehh!
hahaha