Monday, February 4, 2008

teardrops on my guitar

Tengah dengar lagu ini, sebab itu letak title tu :) Dona suka kan lagu ni? Best best.

Macam biasa, cerita tentang apa yang berlaku hari ini. Perhimpunan, biasa je, ada persaraan Mrs apa tah tak ingat nama dia. Cikgu cakap pasal Nilam, kalau baca banyak dapat hadiah wang tunai yang lumayan. Tak bagi tahu pun berapa, kalau setakat 500, tak pandanglah. chehhhh HAHA, tapi cikgu bukan nak bagitahu, kalau bagitahu pelajar pelajar bersemangatlah sikit nak baca kankan? Loser je.

Lepas habis perhimpunan, naik kelas. Lambat gila baru Azwani masuk, kita orang bebel bebel je masa duduk dalam kelas, apa lagi lain yang nak buat kan. Lepas dia masuk, dia bagi macam article untuk buat summary. Dah nak rehat pun dia nak banyak cakap lagi. Saya dengan Dona punyalah ingatkan rehat 915, rupanya 940. Dahlah lapar, ee sabar je. Turun, makan makanan biasa, pergi tandas macam biasa tapi tak jadi sebab tak ada air. Disebabkan Hertina tak tahan, pun jalan cepat cepat pergi dekat tandas guru. Kemudian, kita orang ingatkan nak jalan jalan je sebab cikgu tak bagi pj. Tapi sebelum sempat kita orang turun bawah, cikgu dah nampak kita orang jadi kenalah naik atas. Main Scrabble kot nama dia? Ha, cikgu suruh kita orang main benda tu. Gila macam bosan ingat kita orang nak sangat ke main benda tu? HAHA. Disebabkan tak nak duduk kelas dan Dona nak pergi tandas *kawan kawan saya semuanya memang bagus penghadaman mereka , saya pun temanlah Dona turun, cikgu bagi nametag cikgu tu, lepas itu Meera keluar je dengan kita orang, cikgu tak nampak. Bila dah sampai tangga, Hertina dengan Liyy tiba tiba ada, macam agak pelik lah. Seorang keluar semua nak ikut. Dan sekali lagi, Tiqa kena tinggal, dia selalu gila kena tinggal. Kalau tak sebab lambat, sebab laju sangat. Lawak je Tiqa.

Naik, sepatutnya lepas itu masa Science tapi cikgu pergi mesyuarat. Mula mula tak tahu, jadi dah turunlah kan, dengan beg beg boyan sejati tu, hehe. Dona dan saya pergilah cari cikgu kan sebab dah lama dia orang beratur dekat situ *kita orang turun lambat gila sebenarnya haa. Masa cari jumpa Aizat dengan Bujey, Dona gatallah kan apa lagi ;p Jalan jalan, cikgu tiada, malas nak naik pejabat. Tiba tiba macam teringat nak tanya Nabila *anak cikgu Julia mana mak dia. Dona pun satu, lembab tahulah teman lelaki ada kan HAHA, masa itu Nabila ada dekat tepi dewan jadi tanya je lah dia. Lepas itu, suruh orang orang naik kelas. Naik, bebel bebel, lepas itu buat kerja Maths yang macam susah gila, panaslah juga kan sebab tak dapat jawapan. Tiba tiba macam nampak budak budak 2Q dekat tepi tangga lelaki. Dona macam tiba tiba nak jumpa Hadzley, jadi kita orang pun pergilah sana, cikgu tiada kan, suka hati je lah keluar hehe. Secara kebetulan, Hertina teman Syahida pergi tandas, pun nampaklah dia dekat bawah itu panggil dia, dia suruh turun dan kemudian naik sama sama. Dia tak nak masuk kelas dia sebab cikgu tu tak best. Saya pun mengambil kesempatan untuk suruh dia buat Maths tadi. Biasalahh, budak pandai Maths kann. Tapi dia boleh buat satu soalan je, lagi satu tak tahu. Tapi macam mana pun dapat tahu satu soalan punya kan. Terima kasih sekali lagi ;p Dah habis itu, dia masuk kelas dia balik, saya kena temuduga dengan Emira. HAHA, agak lawak lah, dia tanya macam macam, semua benda kononnya nak tahu macam mana pengalaman saya lah kan.

Lepas Science, Agama. Ustazah masuk, macam biasa belajar belajar. Dia bagi latihan, buat, siap, hantar ;D Semangat je siapkan sebab ustazah kata siapa lambat hantar ustazah tolak 2 markah Ujian Februari. Agak tak munasabah juga lah. Tapi tak mengapa, buat je. Balikk, macam biasa hari tak panas dan sangat berangin. Sukaaaaaaaaaaa :D *Btw, hari ini 2 bulan (:

terlupa nak tulis bila start tulis post ini, tapi lebih dari setengah jam lah juga tempoh dia HAHA.

No comments: